siapakah aku?

Aku adalah seorang HAMBA dan juga seorang khalifah...

Monday, June 1, 2009

Menagih kasihMu



aku hambaMu
berdiri tegak
di bumiMU
lantang berbicara
menegak syiarMU

namun
kadang aku tewas
rebah tersungkur
dengan ujianMu
makhluk ciptaanMU
menjerat aku
ke nerakaMu

aku insan
alpa,lupa dan lagha
janji manis dunia
menggodaku
membelenggu leher keimananku

aku hambaMU
lemah dan hina
menagih kasihMU
simpatiMU tidak bertepi


aku hambaMU
merintih cintaMU
mengharap keampunanMU
pimpinlah aku
kerana aku
adalah hambaMU...


d n
poem kali nih direka oleh diri sndiri..bukan nasyid aa,,,hua3!=P
p/s:komen jgn x komen yerk!=D

No comments: